Monday, February 16, 2009

Proton MPV EXORA, Proton EXORA, The MPV Name Finally Revealed!

Finally, saya dapat text msg dari sales representatives.. Proton MPV akan dinamakan Proton EXORA.. siapala yang bertuah tak payah beli MPV tu sebab menang contest yang di adakan Proton.

Dengar info terkini soft launch and teaser akan dilancarkan pada Sabtu ni. Tu yang di Melaka lah.. tempat lain saya tak pasti.

So.. Proton MPV EXORA, EXORA Proton MPV.. saya nak pegi booking sekarang.

Proton MPV Exora ini adalah kereta MPV dalam segment 'M'. Segment 'M' ni pesaing seperti Avanza (Toyota), Grand Livina (Nissan), Rondo (Naza).

Panjangnye slightly lebih daripada Toyoto Wish.
Enjin. 1.6 Campro CPS. - orang kata tak cukup kuat untuk carry bebannye dan 7 penumpang. tapi dari sumber yang saya dapat tahu, proton dah increase dari segi Torque dan ....(lupa). So, ia mampu berjalan dengan lancar.

Teaser Proton MPV EXORA akan mula disiarkan di TV. So, anda bolehlah menyaksikannya selain daripada gambar-gambar dari Paultan.ORG

Hebatnya internet sekarang, nak beli kereta pun tak perlu tengok live, dari blog pun orang dah sanggup pergi order. macam saya, InsyaAllah.

bermulanya Softlaunch nanti bermakna, Proton dan boleh mula ambik booking. D/Pyment 1K.

Sedikit lagi informasi, setakat yang saya tahu, Proton MPV EXORA ini ada dua jenis. (betulkan kalau saya silap)

B-Line dengan High Line.
Semua Proton MPV EXORA dalam gear automatik. - takda keluaran manual.
Platform yang digunakan sama dengan Waja, Gen2-,persona, Satria Neo CPS.
Nak buat platform, based on Tengku Mahaleel kata dulu about RM500Juta.
Sebab tu negara luar yang mass production and global order boleh cover cost.

Proton guna the same platform.
Tuning of course - Lotus.
Brek Belakang - drum Brake, sama macam Grand Livina.
ada Bluetooth.

(dashboard je, kurang menarik)

Proton MPV EXORA yang High Line dilengkapi dengan DVD Player/USB dengan skrin 8' lebih. (apa yang diceritakan pada saya)

Harga...hah ni yang susah nak beat oleh pesaing.

lebih kurang;
Bline - RM70,000
Hline - RM74,500

Pesaing kecuali Avanza semua 80K plus.

Proton MPV Exora ini untuk keluarga medium income group macam saya. (lower medium)

Mampu milik, praktikal, ... itu yang saya ada informasi setakat ni.

(WILL UPDATE LATER)

No comments: